Rezal pindah kerana keluarga

Demi keluarga tercinta pemain, tengah Johor FC, Rezal Zambery Yahya mengambil keputusan untuk berhijrah musim depan.

Sekalipun kontraknya dengan Johor FC akan tamat 2012, namun pemain tengah itu membuat keputusan untuk menyertai Pasukan ATM dalam Liga Premier Pertandingan Liga-M musim 2012 yang bermula 7 Januari.

Bekas pemain antarabangsa itu yang berasal dari Batu Pahat, menegaskan bahawa keputusan itu adalah semata-mata supaya lebih dekat dengan keluarganya yang berada di Seremban.

“Saya mahu lebih dekat dengan keluarga saya. Sekarang ini saya selalu berulang alik ke Seremban. Anak perempuan saya akan mula bersekolah tahun depan (2012) dan sekarang saya akan lebih dekat dengan keluarga saya,” kata Rezal.
Namun Rezal berterima kasih kepada pengurusan Johor FC kerana membolehkanya menyertai ATM musim 2012.
Rezal menyertai Johor FC tahun 2011 selepas enam tahun bersama Negeri Sembilan dari 2005 hingga 2010. Sebelum itu, Rezal pernah menyarung jersi pasukan Johor dari 2000 hingg 2001.

“ATM mempunyai rancangan besar untuk mengimpak bolasepak tempatan dan saya mahu membantu pasukan itu menjuarai Liga Premier dan seterusnya melangkah ke Liga Super,” kata Rezal.

Dengan menyertai ATM, Rezal akan kembali bergandingan dengan bekas rakan-rakannya dalam skuad Negeri Sembilan – adik beradik Radzak, Mohd Aidil Zafuan and Mohd Zaquan Adha, serta Farizal Harun, Irwan Fadzli Idrus and Hairuddin Omar.

Rezal,33, yang mewakili Malaysia dari 2005 hingga 2007 telah memenangi Piala FA sebanyak dua kali – bersama Johor dan Negeri Sembilan. Bersama Negeri Sembilan, dia memenangi Piala Malaysia dan Liga Super.

Pada 1999, dia memenangi Liga Premier bersama Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Sponsors
© 2012 Shekhinah. Hak Milik Terpelihara.