Berita

TANPA Marlon, ATM tetap berbisa, berdepan lima ‘perlawanan akhir’ penentu musim

GG4F7865

TANPA penjaring terbanyak, Marlon Alex James, Angkatan Tentera Malaysia membuktikan bahawa mereka bukannya pasukan yang bergantung kepada seorang pemain semata-mata menerusi kejayaan 1-0 ke atas Felda United yang diilhamkan tempoh hari.

Marlon yang sudah meledakkan 16 gol untuk bergelar pendahulu Kasut Emas tidak dapat beraksi berikutan kecederaan lutut, ditambah dengan ketiadaan Afizze Faizal Mamat, K.Reuben dan Christie Jayaseelan yang tersisih berikutan menjalani penggantungan.

Dalam ketiadaan penggempur tinggi lampai kelahiran St Vincent & Grenadines, ketua pasukan, Hairuddin Omar mengambil alih peranan sebagai penyerang utama dan aksi pemain kelahiran Setiu itu tidak mengecewakan dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit kesembilan.

Lebih menarik, ATM mengharungi tujuh perlawanan tanpa membarisi kesebelasan utama mereka berikutan hukuman penggantungan perlawanan yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia atas pembabitan mereka dalam pergeseran dengan Selangor pada pusingan pertama Piala FA di samping masalah kecederaan yang membelenggu pemain.

Sathia bangga prestasi ATM, tiada tekanan kejar Lions XII

GG4F8056

Ketua Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia, B.Sathianathan percaya tiada tekanan yang menghimpit barisan pemainnya menjelang baki 5 perlawanan yang boleh diibaratkan seperti final selepas membimbing skuadnya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United pada aksi yang berlangsung di bawah terik mentari di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Gol tandukan kapten pasukan, Hairuddin Omar berpunca daripada sepakan percuma Rezal Zambry Yahya pada minit kesembilan sudah memadai untuk menghadiahkan ATM tiga mata berharga seterusnya kekal dalam pemburuan kejuaraan liga musim ini, masih ketinggalan satu mata di belakang Lions XII yang mengukuhkan cengkaman hasil kemenangan 3-0 ke atas T-Team.

Hai-O : Silap besar jika pandang enteng keupayaan Felda

GG4F7981

Kapten The Gladiators, Hairuddin Omar berkata adalah silap jika menganggap pertemuan menentang pasukan di kedudukan tiga tercorot, Felda United petang esok sebagai perlawanan yang mudah justeru menggesa rakan sepasukannya agar tidak hilang tumpuan dalam memastikan tiga mata menjadi milik mutlak ATM.

“Di atas kertas mungkin nampak mudah, tetapi saya tetap berpendapat ia perlawanan yang sukar. Prestasi semasa Felda tidak boleh dijadikan ukuran kerana mereka tentunya memberi tentangan sengit untuk keluar dari zon penyingkiran. Ia silap besar yang mungkin akan makan diri jika kita memandang enteng keupayaan mereka.

“Lagipun kita perlu berhati-hati kerana perlawanan esok berlangsung pada waktu petang, itu satu lagi kekangan bagi kita kerana keputusan kita tak berapa bagus apabila beraksi pada waktu petang. Kita juga akan turun tanpa Afizze Faizal, K.Reuben dan Christie Jayaseelan yang digantung perlawanan, jadi saya percaya kami akan dikerah bekerja keras,” ujar pemain kelahiran Setiu itu.

ATM ketika ini berada di tahap prestasi terbaik mereka selepas mencatat empat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, terbaru kemenangan 2-0 ke atas pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim pada Selasa lalu namun berdepan kebimbangan tidak dapat menurunkan ayam tambatan yang juga penjaring terbanyak, Marlon Alex James akibat kecederaan.

“Saya tidak pasti tentang situasi Marlon, sehingga semalam selepas latihan dia mengalami kecederaan lutut dan mungkin tidak diturunkan. Saya juga tidak berada pada tahap kecergasan 100% tetapi ATM mempunyai barisan pemain simpanan yang tahap mereka sama dengan pemain di kesebelasan utama. Itu kelebihan kita,” tambah Hairuddin lagi.

Dengan 30 mata daripada 16 perlawanan, ATM ketika ini di tangga kedua, ketinggalan satu mata di belakang Lions XII yang beraksi kurang satu perlawanan dan lima mata meninggalkan dua pasukan yang mengekori di belakang, Selangor dan JDT, masing-masing 25 mata.

Ini meletakkan anak buah B.Sathianathan sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Super pada musim pertama mereka di pentas elit bolasepak negara ini setelah juara sejak dua edisi lalu, Kelantan mengalami kemerosotan prestasi dan terperosok di tangga ketujuh ketika saingan hanya berbaki 6 perlawanan untuk ditamatkan.

Tambah Hairuddin : “Kita sudah berada di laluan yang terbaik, kita ada kemampuan untuk mencabar kejuaraan. Apa yang penting saya dan rakan sepasukan perlu memberi yang terbaik untuk memastikan kita mencatat keputusan baik pada baki 6 perlawanan akan datang. Tidak mustahil kita boleh mencipta kejutan dengan muncul juara sekiranya prestasi ini dikekalkan hingga akhir musim.”

EJAI selamatkan ATM, Marlon ledak dua untuk dahului buruan Kasut Emas

GG4F7728

PENJARING terbanyak, Marlon Alex James meledakkan dua gol untuk mengekalkan Angkatan Tentera Malaysia dalam buruan gelaran Liga Super menerusi kejayaan 2-0 ke atas barisan berbelanja besar, Johor Darul Takzim.

Penyerang tinggi lampai kelahiran St Vincent & Grenadines itu yang jauh mendahului dalam senarai Kasut Emas menanduk masuk hantaran lintang Bruno Sebastian Martelotto pada minit ke-55.

Ia adalah jaringan ke-15 Marlon musim ini, disusuli dengan gol keduanya lapan minit kemudian apabila melepaskan diri daripada kawalan dalam kotak penalti sebelum merembat kencang ke penjuru gawang. 

TAJ: “Saya perlu berada pada prestasi terbaik untuk mengekang Nunez”

GG4F7554

KEJAYAAN menundukkan T-Team minggu lalu meletakkan Angkatan Tentera Malaysia kembali pada landasan memburu gelaran Liga Super buat julung kalinya musim ini.

ATM yang kini mengekori Lions XII dengan satu mata boleh meneruskan buruan terhadap pendahulu dengan pungutan tiga mata menentang Johor Darul Takzim malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pertembungan sebelum ini berakhir 2-2 di Stadium Larkin dengan pertahanan tengah, Amiridzwan Taj Tajudin menjaringkan gol sulungnya buat ATM dalam persembahan yang menobatkannya sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Saya masih ingat jaringan itu, yang pertama saya buat ATM ketika berdepan Johor Darul Takzim sebelum ini. Selain menjaringkan gol sulung, saya turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

VENICE: “Ia adalah jaringan tandukan pertama sepanjang kerjaya saya”

GG4F1221

SARJAN Venice Elphi Danny Kaya memilih detik tepat untuk menamatkan kemarau jaringannya musim ini apabila menanduk masuk gol dalam kemenangan 1-0 ke atas T-Team pada perlawanan yang dilangsungkan petang semalam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Lebih menarik, jaringan itu adalah yang pertama dihasilkan menerusi tandukan oleh pemain yang lebih dikenali dengan kepantasan di bahagian sayap.

Pemain berusia 28 tahun kelahiran Kuching itu meledakkan tiga gol pada pentas Liga Perdana musim lalu tetapi berdepan kesukaran untuk menemui sentuhannnya di depan gawang sehingga semalam.

Ketika ATM berdepan kebuntuan untuk menembusi kekebalan kubu T-Team, kemasukan Venice menggantikan S Thinagaran mencetuskan impak serta merta apabila menyambung sepakan penjuru Christie Jayaseelan pada minit ke-66.

“Ia adalah gol tandukan saya yang pertama buat diri saya sepanjang beraksi bersama ATM. Saya pun tidak mengetahui mengapa ia mengambil masa begitu lama buat saya untuk menamatkan kemarau jaringan musim ini,” katanya.

BAKI lapan perlawanan penentu kejuaraan liga buat ATM

65254_401561699930341_177554104_n

BERBAKI lapan perlawanan sebelum tirai Liga Super menutup tirai, saingan kian terbuka buat sekurang-kurangnya  lima pasukan dalam buruan kejuaraan liga domestik terulung tanah air.

Dipisahkan dengan pendahulu, Lions XII dengan empat mata, Angkatan Tentera Malaysia kini dilihat memiliki peluang realistik untuk menjulang gelaran liga utama buat pertama kali dalam sejarahnya, menyusul selepas kejayaan merangkul Liga Perdana musim lalu.

Namun, mereka seharusnya tidak mensia-siakan baki perlawanan yang bakal mendatang, seandainya tidak mahu membuka ruang buat Johor, Selangor dan Pahang untuk memintas pada saat terakhir.

Daripada empat lawan tersebut, hanya Lions XII yang sudah ditempuhi dalam kekalahan 1-3 di Stadium Jalan Besar dengan perhitungan tiga pasukan ini menjadi penentu terhadap misi untuk melengkapkan koleksi gelaran liga.

THE Gladiators kembali tunjuk taring, benam PKNS untuk lonjak ke tempat ketiga

GG4F6923

KEKECEWAAN minggu lalu kepada Lions XII pantas dilenyapkan Angkatan Tentera Malaysia yang bangkit untuk meraih kejayaan 2-0 ke atas PKNS malam tadi.

Dikritik atas persembahan longlai dalam kekalahan 1-3 kepada pasukan dari seberang tambak Johor itu, ATM tampil dengan aksi lebih bertenaga untuk meraih kemenangan kedua ke atas PKNS, selepas keputusan 3-1 pada awal musim.

Ketua pasukan, Hairuddin Omar membuka jaringan pada minit ke-34 apabila menanduk masuk hantaran lintang Christie Jayaseelan.

Kemasukan S Thinagaran dalam kesebelasan utama mencetuskan impak apabila gerakan lincahnya hampir menambah gol kedua buat tuan rumah namun penjaga gol, Mohd Remezy Che Ros menepis percubaannya seminit sebelum rehat.

NIZAR kuatkan jentera serangan ATM, bentuk gandingan dua pemenang Kasut Emas

486042_398041883615656_1225865960_n

KEHADIRAN Mohd Nizaruddin Yusoff yang berhijrah dari PKNS menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia menjadi antara pasukan yang memiliki kemampuan menurunkan gandingan dua pemenang Kasut Emas di bahagian serangan.

Penyerang tinggi lampai St Vincent & Grenadines, Marlon Alex James kini ditemani bekas penjaring terbanyak Liga Super 2009, Nizaruddin yang mencetak 18 gol ketika mewakili Perlis.

Marlon yang sudah meledakkan 13 gol untuk mendahului senarai jaringan musim ini juga adalah bekas pemenang Kasut Emas menerusi 23 jaringannya yang membantu Kedah muncul juara treble pada 2007/08.

Kebetulan, ATM turut memiliki seorang lagi pemenang Kasut Emas, Mohd Fitri Omar yang meledakkan 19 gol ketika beraksi di Liga Perdana bersama Majlis Perbandaran Muar pada 2011.

SATHIA: “Ini adalah persembahan paling buruk kami sepanjang musim”

226631_394222777330900_266830645_n

PENJARING terbanyak Liga Super, Marlon Alex James meledakkan gol ke-13 musim ini, namun ia gagal menghalang Angkatan Tentera Malaysia kecundang 1-3 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar malam tadi.

ATM yang menyambut kembali tonggak versatile, Shukor Adan selepas penggantungan dua perlawanan, jelas menghadapi kesukaran beraksi di padang tiruan dengan pelawat dihukum oleh kelincahan pemain terbaik Persekutuan Bola Sepak Asean, Shahril Ishak.

Kapten Lions XII itu mengawal bola tinggi dengan kemas sebelum melintangkan bola ke Shahfiq Ghani yang menampan masuk melepasi Mohd Farizal Harun pada minit ke-27.

Shahril sekali lagi menjadi duri dalam daging ATM apabila tenang menyudahkan penalti pada detik rehat selepas Nazrul Nazari dijatuhkan Amiridzwan Taj Tajudin.

Kritikan pedas pengendali, B Sathianathan mencetuskan impak pada babak kedua dengan the Gladiators merapatkan kedudukan menerusi Marlon yang menguis masuk sepakan penjuru rendah Christie Jayaseelan pada minit ke-61.

Namun kebangkitan yang diharapkan tidak kesampaian apabila Shahfiq meledakkan gol keduanya sembilan minit kemudian menerusi percubaan melencongnya dari luar kotak penalti yang gagal dihalang Ejai.

Sponsors
© 2012 Shekhinah. Hak Milik Terpelihara.